21.7.11

Tak tau buat kopi?

Salam,

Korang pandai buat air tak? Air minum la..Contoh macam air teh o, teh susu ke, air oren ke..Tau kan. Takkanlah tak tau eh..Aku pun tau..:) Semua jenis air ke korang tau dan pandai buat? Tau? Ermm..kira memang hebatlah..

Tapi kan..ni aku nak reveal la ni. Seriusnya aku memang tak pandai buat air kopi mahupun nescafe baik yang o ataupun dengan susu..Waaa..(malu-tutup muka cepat). Tapi takperlah, baik mengaku kan. Dan nasib baik jugak mrhubby tak minum air seumpama itu, dia minat teh o, kira kalau buat teh o tu, memang kacanglah pada aku.(kerek gila..).

Entah kenapa petang tadi isi masa berborak-borak dengan kawan-kawan termasuklah dengan suami kak yus sekali, tercerita la pasal buat air-air ni kan. Kak yus, SRD kata kalau dia jadi bos, dia nak suruh saya buat air kopi..hehehe..

Tak tau eh, kenapa aku macam ada problem buat air kopi or nescafe. Ni bukan 3 in 1 eh, kalau setakat 3 in 1 tu, zarif pun boleh buat..Ni yang guna serbuk original tu..Macam susah je aku rasa..Aku tak tau nak balance kan serbuk tu berapa banyak, belum lagi masuk susu ke gula ke..oh susah..susah..

Last week, mak suruh buatkan segelas nescafe untuk abah, gelabah aku..Mau tak gelabah, tak penah buat tiba-tiba kena buat..So, aku bantai jelah kan, sekali, rasa pahit la pulak..Aku dah tambah krimer dan aku tambah gula (agak-agak dan sesedap rasa - sedap ke?). Tapi nengok abah minum sampai habis (eh, habis ke ek?), aku rasa ok je kot..huhu..

Teruk kan aku..tapi takper, nanti-nantilah aku belajar buat kopi ni..hehe...Untuk pengetahuan, 10 tahun yang lalu aku adalah pencinta nescafe yang tegar, tapi sekarang tak lagi..

1 comment:

  1. arwah mak dan ayah aku ada kedai kopi dulu...jd malu gila la klau aku tak tau buat...paling suka klau buat teh tarik, boleh buat buih byak2...hehehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...