7.7.11

Cuaknya bila kanak-kanak tadika dijadikan tebusan

Salam,

Terkejut jugak bila nengok berita berkenaan 30 kanak-kanak termasuk 4 guru di sebuah tadika di Sungai Abong, Muar dijadikan tebusan oleh seorang lelaki yang disyaki kurang siuman hampir 5 jam..Lelaki tu pulak bersenjatakan tukul besi dan parang. Setelah rundingan yang dilakukan gagal, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan lelaki tersebut ditembak. Sekarang dia berada dalam keadaan kritikal di Hospital Muar.

Ya Allah, apa la nak jadi dunia sekarang ni kan? Menakutkan la..Tahun lepas pun kan ada kes yang lebih kurang sama berlaku di muar jugak kan..Hisshh, bila melibatkan budak-budak, tak senang duduk rasanya..

Sesiapa yang hantar anak-anak ke taska atau tadika, doa la baik-baik ya, termasuklah aku. Yelah kan, selalunya kita dah rasa bila hantar anak ke situ, dah cukup selamat kan? Tak pernah terfikir la pulak ada orang-orang macam ni main redah je nak masuk.

Lagi bagus kalau dapat tempatkan polis mahupun pengawal di setiap taska ataupun tadika..Kalau tak ada kemampuan, kena fikir cara lain yang boleh meningkatkan tahap kawalan dan keselamatan kanak-kanak yang berada di taska dan tadika. Kita pun sedia maklum kebanyakan cikgu-cikgu tadika mahupun pengasuh taska ni perempuan je kan..

Inipun bukan kali pertama, so kes macam ni tak boleh dipandang remeh. Jangan besok ada kanak-kanak yang dah mati baru nak buat tindakan..Sekali dah jadi, tak mustahil boleh berulang lagi..Lagipun penjenayah zaman sekarang ni bukannya bodoh-bodoh..





1 comment:

  1. tula kak..risau je kan..dahla kat muar je..tapi berita bercanggah..TV 7 kata pengamuk minta pistol dan nak jumpa najib tapi tv 9 pula cakap dia tu penagih dadah. dan minta pistol..pengamuk tu dan meninggal pagi tadi..moga moga allah ampunkan dosa2 dia.. tapi kan napela polis terus tembak kepala kan..tembakla tangan dia yang pegang tukul tu ke..kak bahu ke...mmm

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...