19.7.11

Weekend yang boleh menggemukkan

Salam,

Balik bandar setiap minggu memang boleh menggemukkan la..Ia juga menyebabkan aku menjadi bertambah malas. Patutnya hujung minggu la aku jadik rajin, nak memasak tapi mrhubby asik kata - takperlah, beli je..Ada la jugak masak, tapi boleh dikira sangat..

Lagi pulak dah dekat umah mak, jap-jap balik umah mak..Mak pulak masak best-best, kena lagi macam last week dia buat cheese tart..Banyak betul aku makan..Belum lagi campur lauk pauk..Kalau aku amik sikit je, mak paksa suruh tambah-tambah, huhu..Tu belum lagi diaorang pegi rumah orang kawin lepas tu segala kerepek ke makanan yang dapat tu bagi kat aku dan anak-anak..:)

Dan itu jugak belum masuk lagi kalau keluar berjalan-jalan macam last week jugak dengan adik aku yana..Alang-alang dah singgah Square One, so singgah jap la ke kedai Polka Dot ni..

Kalau tiap minggu macam gini, abislah aku..makin gemuk nanti (walaupun sebenarnya berat aku tak naik pun, tapi aku tau lemak dah banyak ni..nak g check darah dan kolestrol la....)


zara - apasal ceria sangat?

alamak, tergelap la pulak..

3 layer tea-teh ais sebenarnya..hehe

roti john ayam special

2 comments:

  1. salam, saya buat lawatan balas ;)... waaa kat mana kedai polka dot ni sebenar²nya?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...