Salam,
Petang semalam hajat nak pergi bandar untuk amik gambar passport zara berubah menjadi cerita lain. Dalam perjalanan ke bandar mrhubby dapat call bagitau ayah dia tak sihat (susah nak bernafas).
Aku dan kids ditinggalkan kat umah mak abah. Mrhubby dan kakak terus bawak ayah dia pergi ke hospital. Agak lama la mrhubby kat sana dan lastly ayah mertuaku kena warded jugak malam tadi pasal kena paru-paru berair. Apa lagi aku boleh cakap eh..Kalau nak suruh cerita memang dah tak boleh nak cerita la. Dugaan demi dugaan datang tahun ni..Semua main terkejut-kejut dan tiba-tiba je. Mental nak kena kuat hadapi semua ni..Kisah yang lalu boleh nengok kat sini [klik] - boleh baca entry dari 26 April hinggalah 28 April 2011.
Aku kena faham setiap dugaan yang diterima mesti ada hikmahnya..Kadang aku muhasabah diri dan dapatkan nasihat dari mak abah. Yelah, bukan setiap masa kita boleh terima segala dugaan yang mendatang. Malam tadi sampai rumah agak lewat malam. Aku memang kesian kat mrhubby..
Hari ni kitaorang akan balik dan tido kat bandar (rumah mak aku). Mrhubby akan jaga ayah dia pulak malam ni..Aku pun tak tau sejauh mana condition ayah mertuaku setakat ini. Aku cuma berdoa yang baik-baik saja..Korang yang baca blog ni pun tolong doakan juga yea..Terima kasih.
abah doakan ayah mertua akan cepat sembuh
ReplyDeleteKalau ALlah ank uji kita bila-bila masa saja ia akan datang. Moga ada ketabahan buat B dan keluarga. Kakak doakan sama....
ReplyDeleteSabar ya Huda...
ReplyDeleteakak doakan agar ayah mertua Huda bertambah baik kesihatannya...InsyaAllah.
terima kasih semua...moga dipermudahkan Tuhan jua..
ReplyDelete