Waaa..dah jumaat balik ke? Ada satu beg yang balik dari bandar hari tu pun aku tak abis kemas lagi, elok je lagi baju-baju dalam beg tu, ni dah kena kemas lagi nak balik bandar semula? Hmmmm..penat..penat..penat...
Esok sabtu dah penuh aktiviti aku. Jangan ingat hari sabtu, aku duduk goyang-goyang kaki je eh..Full eh aktiviti esok..Aku dah janji dengan zarif nak jogging dengan dia seawal pagi, kalau dah berjanji dengan dia, janganlah nak buat-buat lupa, dia akan tuntut janji tu, confirm.
Lepas tu aku janji lagi, nak ajar dia dengan zara bab duit-duit. Zara jual makanan dan zarif kena beli makanan. Yelah kan, zarif kan nak sekolah tahun depan, so nak ajar la dia kenal duit..Bukan duit besar pun, duit-duit syiling je paling besar pun seringgit la kot...Ni aku dah janji ni, confirm kena buat ni...huhu..
Lepas tu, aku nak mencabar diri nak buat murtabak lapis kracker, korang nak try gak ke? Jom klik sini.. Macam sedap kan..Jom kita buat sesama. Malam tadi siap call mak, nak pinjam loyang 9x9..:) Kalau jadik, aku publish dalam blog, kalau tak, kirim salam je...hehe..
See, tu antara yang dah sedia ada dalam list la..Fuhh, pening-pening..Cuti hujung minggu pun macam tak cukup tangan kan..
Oh, ada lagi, aku nak bersih...opsss..bersihkan rumah ok..:)
Semoga MAJLIS PENTAULIAHAN PALAPES DIRAJA IPTA yang berlangsung pada hari esok di UTHM akan berlangsung dengan selamat dan jayanya..
bestnyer berjogging bersama..rasa lega satu badan bila peluh keluarkan ;)
ReplyDeleteeppy weekend dear..
yup..memang pun, kena tunggu esok la..harap jadi kenyataan..:)
ReplyDelete